JALINAN
Apa
Itu Jalinan
1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti
kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu,
bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan
tampak yang berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang
tersendiri.
Contoh-Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi :
|
- Jalinan Pada Permukaan Kayu
|
|
- Jalinan Pada Keratan Rentas Batang Pokok
|
|
- Jalinan Pada Kulit Dan Bulu Harimau Belang
|
|
- Jalinan Pada Rekahan Tanah
|
|
- Jalinan Kasar Pada Permukaan Batu
|
|
- Jalinan Berduri Pada Kulit Durian
|
Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia :
|
- Jalinan PAda Langit-Langit Rumah
|
Jenis-Jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh
- Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan
seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang.
- Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik
seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya.
|
- Jalinan Sentuh Kulit Kerang
|
|
- Jalinan Sentuh Permukaan Tayar
|
2. Jalinan Tampak
Jalinan Tampak merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa
melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut
hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
|
- Jalinan Tampak Pada Kertas Dinding
|
|
- Jalinan Tampak Pada Kulit Tembikai
|
Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda
belang.
2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut.
3. Sebagai Hiasan - corak pakaian, corak kertas
dinding.
4. Pengaliran air dan udara.
Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak :
|
- Gosokan
Teknik Gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh
sebagai subjek, di
mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda
berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya
hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan
kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
|
|
- Capan
Kaedah Capan ini banyak digunakan sebagai aktiviti di
sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun,
sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada
permukaan kertas.
|
|
- Ikat Celup
Ikat Celup menggunakan kaedah pengasingan warna dengan
menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin
diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah
dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki
|
|
- Pualaman
Pualaman menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan
air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak.
Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
|
|
- Lukisan Dan Catan.
Lukisan dan Catan menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat
menghasilkan kesan ilusi jalinan.
|
Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan
Sentuh
|
- Anyaman
Anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman
tikar dan sebagainya.
|
|
- Tenunan
Tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan
kesan jalinan sentuh.
|
|
- Sulaman
Sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah,
tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh.
|
|
- Kolaj
Kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari
potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang,
pasir, kulit siput dan lain-lain.
|
No comments:
Post a Comment