f 'Ceriteraku 'Izzaries Izza: SENI - LUKISAN

'Ceriteraku 'Izzaries

Wednesday, 14 December 2011

SENI - LUKISAN


SENI LUKISAN


PENGENALAN


1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.

2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.

3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.

PERBEZAAN LAKARAN, LUKISAN DAN CATAN

1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.

2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi.

3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak.

4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.

TEKNIK MELUKIS

1. Teknik garisan,
2. Teknik garisan pangkah,
3. Teknik titik,
4. Teknik lorekan dan
5. Teknik campuran.

MEDIA LUKISAN

1. Media Pensel :
  • Dibuat daripada arang dan tanah liat 
  • Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton. 
  • Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.

  • Pensel Mempunyai Pelbagai Saiz
  • Saiz Mata Pensel yang Berbeza Memberikan Kesan Ton Yang BerBeza
 Contoh-Contoh Lukisan Menggunakan Pensel :

  • Contoh 1 : Lukisan Gunakan Media Pensel
  • Contoh 1 : Lukisan Gunakan Media Pensel

 2. Media Arang :
  • Asalnya ia merupakan arang batang kayu yang terbakar.
  • Merupakan media yang tertua sekali.
  • Kelebihan arang ialah dapat menghasilkan kesan gelap yang maksimum, lembut, dan lebih tepat serta tajam, lorekan dan pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luasa pada masa yang singkat.
  • Teknik-teknik melukis menggunakan arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan teknik memadam.
  • Arang yang digunakan untuk melukis
  • Beberapa jenis arang yang terdapat dipasaran
  • Arang yang dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengendalian
  • Kesan lorekan yang dapat dilihat kesan daripada penggunaan arang
  • Hasil karya daripada media arang
  • Hasil karya daripada media arang

3. Media Pen dan ink :
  • Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya. 
  • Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza.
  • Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci. 
  • Pen teknikal besi memberikan kesan halus pada lukisan
  • Pen teknikal terdapat dalam pelbagai saiz
 
  • Pen khaligrafi juga terdapat dalam pelbagai saiz
  • Hasil karya lukisan menggunakan media pen
  • Lukisan hasil penggunaan pen mengguakan teknik titik
4. Media Pastel :
  • Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza. 
  • Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal.
  • Oil pastel memberi kesan lembut seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon
  • Kesan lorekan oil pastel dan solf pastel
  • Solf Pastel seperti kapur dan ia digunakan untuk melukis lukisan potret
  • Contoh Lukisan Media Pastel
  • Contoh Lukisan Media Pastel
 
ASAS SEBELUM MELUKIS

1. Memilih teknik melukis.
2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan.
3. Memilih objek untuk dilukis.
4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.
5. Membuat Lakaran objek.
6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap.
7. Tetingkap Fokus
Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.
Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda.
Memilih sudut yang menarik dan indah.
Digunakan untuk melukis di luar studio.

 
PENGETAHUAN ASAS

1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis:
Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.
2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.
3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk.

No comments:

Post a Comment