-Mari DIET Secara SIHAT !!-
Masalah berat badan begitu membimbangkan wanita kerana ia sebahagian daripada imej diri selain masalah dari segi kesihatan.
Namun untuk kekal langsing bukanlah perkara mudah jika tidak disertai dengan disiplin dan cara diet yang betul.
Apakah yang boleh dilakukan jika anda boleh menerima satu perubahan diet sahaja?
1 : Tambahkan hanya satu sajian buah atau sayuran setiap hari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai lapan hingga 10 sajian sahari.
2 : Ambil sekurang-kurangnya dua sajian buah atau sayuran satiap kali waktu makan.
3 : Tanamkan tekad. Anda tidak mahu ‘membesarkan’ saiz makanan.
4 : Jadikan waktu makan satu tujuan untuk menyigatkan badan.
5 : Mulukan sarapan pagi yang lengkap.
6 : Pastikan pinggan anda diisi dengan separuh sajian sayuran dan/atau buah buahan setiap kali waktu makan tengahari atau malam.
Adakah sebarang tips untuk mengurangkan kalori ?
7 : Ketika makan diluar, makanlah hanya separuh dan separuh lagi dibungkus bawa balik jika perlu.
No comments:
Post a Comment