BELAJAR UNTUK 'EXAM'- TIPS ELAKKAN STRESS
Belajar untuk peperiksaan akhir, ujian atau kuiz membantu
meningkatkan stress. Stress juga sudah sedia terbina dalam situasi dimana anda
harus mengingati sesuatu informasi yang penting dalam kelas beberapa bulan yang
lalu, perkara terakhir pelajar akan lakukan adalah menambah lagi stress didalam
peperiksaan, ujian atau kuiz. Berikut adalah tips berguna untuk anda elak
daripada stress.
Kurangkan Jadi ‘Burung Hantu’.
Kurangkan Jadi ‘Burung Hantu’.
Kebanyakkan pelajar, terutamanya yang selalu ulangkaji pada
saat akhir, mengulang kaji pada waktu malam. Ini mengakibatkan mereka berasa
letih pada hari berikutnya, adakah dengan situasi mengantuk dan letih akan
membantu anda pada hari berikutnya? Kajian terbaru mengatakan ‘tidak’. Kajian
dalam edisi Januari 2011, Behavioral Sleep Medicine mendapati pelajar dimana
selalu tidur lewat untuk belajar mendapat lebih kurang PNG (GPA) berbanding
pelajar yang lain. Kajian juga menunjukkan mereka yang tidur lewat bukan kerana
untuk belajar, tetapi sudah didapati ia sebagai rutin mereka untuk belajar
lewat malam. Bagi mereka yang inginkan gred lebih tinggi, hentikan belajar
lewat malam.
Kurangkan Kafein
Kafein dan pelajar adalah sahabat baik dalam bekerjasama
untuk mengulangkaji pelajaran. Kafein boleh didapati dalam minuman seperti
‘energy drink’, kopi dan sebagainya. Kajian mengatakan kafein dapat membantu
dalam meningkatkan pretasi tetapi dalam masa yang sama mempunyai kelemahan.
Kajian menunjukkan pelajar yang meminum minuman kafein akan mengalami sakit
kepala dan jantung berdebar-debar. Kafein juga mengurangkan rasa mengantuk dan
mengakibatkan tidak cukup tidur, ini mengakibatkan anda tidak berasa segar pada
waktu pagi. Dapatkan tenaga extra secara natural seperti makan makanan sihat
dan juga bersenam, termasuk kualiti tidur yang dijaga.
Belajar Dengan Situasi Gembira, Bersama Rakan Yang Ceria?
Belajar Dengan Situasi Gembira, Bersama Rakan Yang Ceria?
Idea untuk belajar bersama rakan adalah baik, tetapi ia boleh bertukar menjadi sebuah kumpulan gossip jika anda silap untuk cari tempat atau rakan yang baik. Cari tempat yang sesuai untuk belajar berkumpulan. Elakkan belajar ditempat-tempat sibuk seperti restaurant atau lebih teruk lagi di bilik, kerana ia akan mengganggu pembelajaran anda. Cari tempat yang sunyi dan atmosfera yang sesuai seperti di perpustakaan. Cari rakan yang komited dan bertanggungjawab untuk mendapat input dan level yang sama tinggi daripada belajar berkumpulan.
Tunggu Sehingga Saat Akhir dan Berdebar-debar?
Banyak pelajar suka melakukan cara ini malah Bill Gates
sendiri mencadangkannya, tetapi ia adalah cara paling berisiko dan anda harus fikirkan
mengenainya. Perkara pertama adalah anda tidak sempat habis dalam masa yang
sepatutnya dan masuk ke dewan dalam keadaan tidak bersedia. Kedua adalah anda
akan mencari cara untuk menguasai masa dengan menggunakan kafein dan tidur
lewat untuk belajar. Akhir sekali anda akan berdebar-debar akibat adrenaline
dan masukkan informasi kedalam memori jangka pendek. Masa yang sesuai adalah
mengulangkaji seminggu atau lebih awal daripada tarikh tamat tempoh.
Sentiasa Mengingatkan Diri Sendiri Kepada Perkara Penting?
Sentiasa Mengingatkan Diri Sendiri Kepada Perkara Penting?
Mengingati perkara penting mengenai peperiksaan akan
menjadikan motivator yang baik untuk belajar, tetapi terlalu fokus akan
memudaratkan. Jika anda adalah jenis pelajar yang berhati-hati, bimbang akan
perkara buruk bakal berlaku dalam peperiksaan yang ketara, sudah tiba masanya
untuk anda alihkan tumpuan. Ini kerana terlalu bimbang kepada ujian atau
peperiksaan akan mengakibatkan anda melakukan kesilapan dan mendapat skor yang
lebih rendah daripada sepatutnya. Elakkan terlalu obses, sentiasa berfikiran
positif dan elakkan daripada kebimbangan yang melampau.
No comments:
Post a Comment