f 'Ceriteraku 'Izzaries Izza: Pengalaman + Ujian + Aku + Redha ??

'Ceriteraku 'Izzaries

Tuesday, 5 June 2012

Pengalaman + Ujian + Aku + Redha ??



Assalamualaikum wbt ... Salam Sejahtera Semua ... !!! :)
                       Bismillahirahmanirahim ..~
0220AM | 06Jun2012 | Wednesday | Ceriteraku Izzaries Izza ..~

Hye reader sumer, Izza hope sumer2 sehat2 + sambil korang sengeh2 ala2 pelakon Wawa Zainal yang sangat2 Izza minat tue sebabnya dia tersangatlah comey bila senyum kan kan kan...hek3!~.. and hope tolong doakan moga2 Izza pon sehat2  juga mcam korang sumer keyh.. InsyaAllah, Amin Ya Rabbalallamin..~ =)

Syukur alhamdulillah, masih ada kesempatan juga (walaupon Izza sebanernya ngah curi2 time neh..hehe ngah kalut siapkan keja..) Disebabkan Izza sayangkan sangat wall 'Ceriteraku Izzaries Izza' nie, Izza nak gak le 'conteng' diari 'indah' Izza sikit pepagi neh..hehe! masalahnya 'indah' ke?? huhuu~ Hanya Allah yang Maha Tahu...~

Dalam khidupan kita neh, akan ada hari yang kita rasakan yang diri kita nie takde apa yang kita ingin tuju dalam hidup, dan akan sampai satu lagi tahap yang kita dah nampak dah matlamat kita.. Tapi akan ada juga masa bila kita seakan nampak yang matlamat kita tue kabur2 ala2 rabun2 ayam pon ada.. Lepas tue akan sampai satu tahap yang kita rasakan matlamat dan arah tuju yang kita nampak dan idamkan tue kita memang takkan dapat rasa kalau kita tak cuba untuk dapatkan dengan cara yang sepatutnya..  So, kita kena berusahalah kan, tak gitu?? Jadi bila kita dah bertungkus lumus berusaha dan cuba menggapai matlamat tadi, tetiba kita 'tersepak batu penghalang' .. TAPI kadangkala, usaha kita tak cukup untuk menepis batu penghalang tue untuk menjadi tembok matlamat kita yang sebenar tadi.. So kita kena berusaha lebih keras lagi dan lagi.. ~

Samalah jugak dengan kehidupan Izza nie, macam-macam halangan dan dugaan yang tenggelam timbul tanpa 'diseru datng' pun 'dia' tetap datang jugak kan.. Itulah yang dipanggil UJIAN ALLAH swt buat hambaNya.. Dulu diri ini pernah merasakan yang hidup nie tak tahu nak tuju kemana, so belajar dan belajar jeala disekolah.. bagun subuh2 mandi2 pakai unifom sekolah, galas bag, jalan kaki takpun ayah start moto biru ayah yang banyak berjasa untuk kami sekeluarga tue, so naeklah Izza, adik pompuan Izza dan adik laki Izza kat atas moto tue belakang ayah...tapi tue zaman sekolah rendah lah yea..hehe~(heheee korang sumer ley bayangkan ke tak Izza x tahu la ek..??hehe~ itulah pengalaman yang sangat bererti dalam hidup nie..hidup dalam keadaan sederhana tapi diri nie tetap bersyukur!!..) 

Belajar dan belajar... itu yang mak ayah amanahkan.. Sampailah aku dapat tawaran masuk U.. Time tue hanya Allah swt saja yang Maha Tahu perasaan tue.. Air mata mengalir dipipi dan harapan mak ayah dan keluarga digalas! Tahun pertama dan kedua diri nie masih bersemangat untuk berusaha keras..TAPI tue lah, kadang kala diri nie terlupa.. lupa diri mana asalnya diri nie.. Terasa sedey amat sangat bila dikenang.. Tapi yang part tue malas nak cita takut dalam tak sedar akan mengaibkan sape2 jea yang dah terlibat.. Tapi starting part tue lah diri nie trsa down amat sangat.. tersa bagai ada batu yang ada atas kepala.. 

Itulah saat jatuh bangun diri nie, diri ini pernah merangkak.. ernah berjalan...pernah berlari dan diri ini juga pernah JATUH dan tersungkur.. Mungkin diri ini juga lambat untuk mengubati 'luka' tue, dan akibatnya 'luka' tue makin parah dan terus 'kaki' nie tak boley berjalan dalam tempoh yang lama...~ Saat luka tue membesar, mak ayah, keluarga dan insa-insan yang betul-betul bermakna dalam diri nie sahaja yang sanggup memberikan semangat.. TERIMA KASIH KALIAN.. Dan kini aku mula belajar dari pengalaman, mungkin dah agak terlambat untuk aku sedar..tapi aku tetap sedar.. Moga langkahku yang perlahan ini akan menjadi langkah yang besar dan akhirnya aku dapat berlari kembali macam dulu dan mungkin lebih laju.. Moga Allah swt mempermudahkan langkah hambaNya ini...

Hidup ini macam roda, adanya saat kita diatas dan adanya detik kita akan digilis dibawah.. Manusia rambut sama hitam, tapi dalam hatinya?? Hanya ALlah jua yang tahu apa yang tersirat dan apa yang tersurat.. kerana apa yang tersurat tak melambangkan apa yang tersirat didalam lubuk hati mereka.. Dari semua itu, ku belajar dan belajar mengenal "spesis manusia"...(maaf kalau ayatku terkasar, tapi itu yang selayaknya....~)..

Dan dalam tempoh 2 minggu lepas, diri ini mula memahami yang apa yang kita rancang, tak semestinya itu yang kita akan dapat.. kerana apa yang kita fikirkan baik, tak semestinya terbaik buat kita... Sesungguhnya Allah swt Maha mengetahui apa yang terbaik daripada aturaNya, ... ~ 

Dalam tempoh nie jugak diri ini sedar yang diri ini hanya perlu ikhlaskan hati, tenagkan jiwa, dan REDHA dengan ketentuanNya setelah kita berusaha, kerana InsyaAllah akan ada "pelangi indah" yang akan muncul kelak.. terpulang kepada kehendakNya cuma antara cepat dan lambat saja Dia yang Maha tahu segalanya...~


ini kata-kataku pepagi nie buat semua reader yang kukasihi :~


Ikhlaskan hati,Tenangkan jiwa,REDHA dgn ketentuanNYA,InsyaALLAH akan ada 'pelangi indah' kelak..~



>>>>>>Terima Kasih kerana sudi memberikan 'bonus' masa kalian untuk mambaca dan 'cuba' memahami apa yang telah aku palitkan dalam Ceriteraku disini dan untuk detik ini... Panjang umurku, panjang jodohku dengan 'alam' ini... Akanku sambung dikemudian detik.. InsyaAllah~ salam sayang aku buat kalian semua... DaripadaNya kita datang..kepadaNya juga kita akan pergi kelak... InsyaAllah, moga kita akan pulang kepadaNya dengan SENYUMAN KEIMANAN untuk bekalan hakiki disana kelak...~Assalamualaikum wbt.. ~ <<<<<<

p/s : *apapun izza harapakan kalo ada yang tersalah dalam catatan Ceriteraku ini, hope adalah hamba Allah yang sudi memberi teguran dan pembetulan dalam setiap kata izza yea.. semua tue izza akan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan izza akan amat hargai itu, kerana tanpa TEGURAN izza tidak tahu dimana silap izza.. sekian..~ :)




0310AM | 06Jun2012 | Wednesday | Ceriteraku Izzaries Izza ..~




No comments:

Post a Comment