f 'Ceriteraku 'Izzaries Izza: SENI - GUBAHAN WARNA

'Ceriteraku 'Izzaries

There was an error in this gadget

Monday, 19 December 2011

SENI - GUBAHAN WARNA


SENI - GUBAHAN WARNA

Gubahan Warna
Gubahan Warna

Dalam gubahan warna, terdapat tiga jenis iaitu :
  • Warna sewarna
  • Warna harmoni
  • Warna penggenap


Sewarna
1. Sewarna adalah gubahan yang menggunakan satu warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom.
2. Sewarna dapat dihasilkan dengan campuran satu warna dengan hitam bagi mendapatkan kesan gelap dan putih bagi mendapatkan warna cerah.
  • Kumpulan Warna Sewarna
  • Contoh Warna Sewarna Pada Alam Sekeliling
  • Gubahan Sewarna PAda Getaran Air
  • Warna Sewarna Pada Alam Sekitar
Warna Harmoni

1. Warna harmoni merupakan kumpulan warna-warna yang seakan-akan sama atau warna yang berada di dalam satu keluarga atau di dalam suhu warna yang sama.
2. Warna harmoni biasanya terletak bersebelahan atau berdekatan dalam roda warna.
3. Contoh kumpulan warna harmoni :
     i. merah, merah jingga, jingga dan kuning jingga.
    ii. biru, biru hijau, hijau dan kuning hijau.
    iii. biru, biru ungu, ungu, merah ungu dan merah
4. Warna-warna harmoni akan menimbulkan perasaan selesa dan tenang.
5. Kebiasannya warna-warna harmoni digunakan dalam rekaan hiasan dalaman, corak tekstil, hiasan dinding dan sebagainya.


  • Kumpulan Warna-Warna Harmoni
  • Warna Harmoni Pada Rekaan Bunga Yang Bersuhu Panas
  • Organisasi Warna Harmorni Dalam Rekaan Yang Sejuk

Warna Penggenap

1. Warna penggenap pula merupakan warna yang terletak bertentangan dalam roda warna.
2. Campuran warna penggenap akan menghasilkan warna neutral.
3. Pasangan warna penggenap ialah:
    i.   Merah dan hijau
    ii.  Biru dan jingga
    iii. Ungu dan kuning
4. Kombinasi warna-warna penggenap dalam sesebuah karya akan menimbulkan rasa getaran, suasana yang riang, kontra, seperti ada pergerakan.
5. Warna-warna harmoni juga sesuai digunakan untuk penghasilan logo, poster, kegunaan iklan dan sebagainya.
  • Warna Kuning Dan Ungu
  • Warna Hijau Dan Merah
  • Warna Jingga Dan Biru
  • Semua Merupakan Warna Penggenap
  • Warna Penggenap Gabungan Jingga Dan Biru Pada Bunga Dan Langit 
  • Gabungan Warna Penggenap Pada Hiasan Dalaman 
  • Gabungan Warna Penggenap Pada Hiasan





No comments:

Post a Comment