f 'Ceriteraku 'Izzaries Izza: SENI - JALINAN

'Ceriteraku 'Izzaries

Monday 19 December 2011

SENI - JALINAN


JALINAN

Apa Itu Jalinan

1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.

3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

Contoh-Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi :

  • Jalinan Pada Permukaan Kayu
  • Jalinan Pada Keratan Rentas Batang Pokok
  • Jalinan Pada Kulit Dan Bulu Harimau Belang
  • Jalinan Pada Kulit Siput
  • Jalinan Pada Rekahan Tanah
  • Jalinan Kasar Pada Permukaan Batu
  • Jalinan Berduri Pada Kulit Durian
 Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia :

  • Jalinan PAda Langit-Langit Rumah
Jenis-Jenis Jalinan

1. Jalinan Sentuh
  • Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang.
  • Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya.
  • Jalinan Sentuh Kulit Kerang
  • Jalinan Sentuh Permukaan Tayar
 2. Jalinan Tampak

Jalinan Tampak merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
  • Jalinan Tampak Pada Kertas Dinding
  • Jalinan Tampak Pada Kulit Tembikai
 Fungsi Jalinan

1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang.

  • Jalinan Pada Kuda Belang
  • Jalinan Pada Sesumpah
 2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut.


  • Tapak Kasut
3. Sebagai Hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding.
  • Corak
 4. Pengaliran air dan udara.
  • Jala Ikan
Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak :


  • Gosokan
  • Teknik Gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di  
    mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
  • Capan
  • Kaedah Capan ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.

  • Ikat Celup
  • Ikat Celup menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki

  •  Pualaman
  • Pualaman menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

  • Batik
  • Kaedah Batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya.

  • Lukisan Dan Catan.
  • Lukisan dan Catan menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan.
Kaedah Penghasilan Karya  Berjalinan Sentuh


  • Anyaman
  • Anyaman 
    penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya.

  • Tenunan
  • Tenunan 
    jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh.

  • Sulaman
  • Sulaman 
    semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh.

  • Kolaj
  • Kolaj 
    merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain.






No comments:

Post a Comment