f 'Ceriteraku 'Izzaries Izza: RINGGIT MALAYSIA SIRI 2012 BAKAL DIKELUARKAN | Menarik!!

'Ceriteraku 'Izzaries

Wednesday 21 December 2011

RINGGIT MALAYSIA SIRI 2012 BAKAL DIKELUARKAN | Menarik!!

MENARIK | RINGGIT MALAYSIA TERBARU 2012 | BANK NEGARA TELAH KELUARKAN CETAKAN BARU


Bank negara akan mengeluarkan matawang Ringgit Malaysia dengan corak terbaru beserta ciri-ciri keselamatan yang lebih meyakinkan. Ringgit Malaysia siri 2012 dikhabarkan akan mula diedarkan disetiap cawangan-cawangan bank mulai tahun 2012. Tapi apa yang dapat diperkatakan rupa bentuknya memang canggih dan memaparkan ciri-ciri berteknologi.


Pada pandangan saya sendiri Ringgit Malaysia siri 2012 ini banyak permbaharuan yang menarik dan peningkatan dari segi kualiti. Sebagai contoh pandangan dari diri saya sendiri, dengan adanya note RM20 yang sememangnya amat dinantikan dan pengeluaranya dalam bentuk dan warna menarik iaitu warna jingga. Disamping itu juga, variasi Ringgit Malaysia siri 2012 dihasilkan dengan design baru pada note RM20 tersebut iaitu imej penyu. Sangat menarik dan cantik.


Ciri-ciri baru yang boleh saya gambarkan dan memberikan pujian adalah ciri baru pada note RM5 yang kita semua tahu sekarang kualiti note RM5 adalah bercirikan tekstul wang kertas yang licin dan tidak saya nafikan agak mudah rosak dan terkoyak serta ada kekurangan ketara dalam pegendalian wang kertas ini dalam tempoh yang lama. Namun, pada gambaran awal saya untuk Ringgit Malaysia siri 2012 ini note RM5 diharapkan bercirikan seperti wang kertas RM10 dan RM50 yang mempunyai tekstul yang lebih keras, kesat dan tidak mudah rosak atau terkoyak. Saya tidak sabar menanti keluaran Ringgit Malaysia siri 2012 tahun depan.. Menarik kan? Nantikan... =)


                                         
Ringgit Malaysia Siri 2012

  • Ringgit Malaysia Siri 2012 | Tahun 2012 akan dikeluarkan..
Share And Follow My Blog Okay...Thank You =)
http://izzizzaries04.blogspot.com/





No comments:

Post a Comment