f 'Ceriteraku 'Izzaries Izza: SENI - RUPA

'Ceriteraku 'Izzaries

Saturday 17 December 2011

SENI - RUPA

SENI - RUPA


RUPA (Unsur Seni)

Unsur-Unsur Seni – RUPA
A. Pengenalan
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

  • Pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan RUPA.
  • RUPA

B. Jenis-jenis Rupa


Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:



1. Rupa Geometri

  • Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
  • dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

  • RUPA Geometri
  • RUPA Geometri


2. Rupa Organik
  • Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
  • Dihasilkan secara sepontan.
  • RUPA Organik
  • RUPA Organik

C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
  • Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
  • Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
  • RUPA Positif
  • RUPA Negatif

D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
  • Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
  • Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
  • Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
  • Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
  • Contoh ulangan RUPA yang menghasilkan corak
  • Contoh ulangan Rupa yang mencipta corak

  • Contoh ulangan Rupa yang mencipta corak
  • Contoh ulangan Rupa yang mencipta corak
  • Contoh ulangan Rupa yang mencipta corak

Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak

1. susunan selang-seli
2. Susunan turun separa
3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee
5. susunan cerminan
6. Susunan sisik ikan

E. Rupa dan Lambang / logo
  • Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan. 
  • Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
  • Lambang yang dihasilkan daripada RUPA bunga
  • Logo simbol yang dihasilkan daripada RUPA mata
  • Logo daripada huruf
  • Jenis logo huruf
  • Logo jenis Representasi

F. Rupa dan Muka Taip
  • Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
  • Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
  • Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor )
  • Perbezaan RUPA muka taip Serif dan Sans Serif
  • RUPA muka taip Serif
  • RUPA muka taip Sans Serif
  • RUPA muka taip hiasan
  • Contoh-contoh rekaan muka taip
  • Contoh-contoh rekaan muka taip
  • Contoh-contoh rekaan muka taip
  • Contoh-contoh rekaan muka taip 
  • Contoh-contoh rekaan muka taip
  • Karya yang berasaskan RUPA muka taip


No comments:

Post a Comment