-Bukan Kerana Tuah-
Bolehkah kita percaya kepada ‘tuah’ ?
Tahukah anda kepercayaan itu menyumbang kepada tahyul ?
Jika anda telah berusaha dan berlatih serta mempunyai pengetahuan secukupnya terhadap apa yang anda lakukan, maka kenapa harus anda fikirkan kejayaan itu sebagai tuah ?
Sebaliknya, anda harus yakin anda berjaya kerana kemampuan diri anda sendiri.
Jika anda yakin berjaya kerana kualiti sendiri, InsyaAllah akan mudah anda ulangi kejayaan itu.
Tetapi jika anda percaya anda akan berjaya kerana ‘tuah’ yang datang bergolek atau ada faktor lain, anda akan sukar berjaya lagi.
Ingat, ‘tuah’ tidak datang berkali-kali!
No comments:
Post a Comment