f 'Ceriteraku 'Izzaries Izza: Esok Belum Pasti

'Ceriteraku 'Izzaries

Monday, 5 December 2011

Esok Belum Pasti


-Esok Belum Pasti-
     Kata orang, hidup perlu ada angan-angan. Barulah kita bersemangat merancang  dan melaksanakan apa yang diangan-angankan. Namun dalam kisah hidup para sahabat Nabi s.a.w, hidup mereka ‘pendek’ dengan angan-angan. Malah itulah prinsip hidup mereka yang menjadi kunci ketenangan yang mereka miliki! Prinsip itu ialah hidup dalam lingkungan hari ini dan tidak perlu bimbang yang jauh-jauh. Usah tercemar dengan dengan esok yang masih samar-samar.
     Tugas manusia bukan untuk melihat apa yang terletak jauh dan masih jauh dihadapan, tetapi bertindak dengan apa yang ada digenggaman. Itulah yang sering mereka pesankan. Mafhum hadis ada mengatakan bahawa jika mereka hidup pada waktu pagi, mereka tidak menyangka akan terus hidup sampai ke petang. Oleh itu, mereka tidak akan menangguhkan amalan kebaikan, juga tidak akan menagguhkan taubat daripada perbuatan kejahatan!


-Hadis & falsafah-

No comments:

Post a Comment