Bila Aku Mula Menyedari Bahawa
Terkadang Aku Terlalu LALAI Dengan Perasaan 'BAHAGIA' Ku Sendiri...
Adakalanya kita perlu menangis
agar kita tahu
hidup ini bukan sekadar ketawa
dan adakalanya
kita perlu ketawa
agar kita tahu
mahalnya nilai airmata
bersyukurlah
pada yang menyakitimu
kerana dia yang
menabahkan kamu
bersyukurlah
pada yang tidak mempedulikan kamu
kerana dia yang
memupuk dirimu berdikari
bersyukur pada
orang yang menjatuhkan kamu
kerana dia yang
memperhebatkan kemampuan diri kamu
bersyukur pada
insan yang meenyeksamu
kerana dia yang
menguji
kesabaran dan
ketabahan diri kamu...
No comments:
Post a Comment