f 'Ceriteraku 'Izzaries Izza: December 2011

'Ceriteraku 'Izzaries

Wednesday, 28 December 2011

Ingin Masuk SYURGA Disukai


Siapakah wanita yang akan menjadi ahli syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita untuk memasuki syurga? Sebuah hadis nabi SAW menyatakan,

Daripada Anas r.a, nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. [HR: Ahmad]

Menurut hadis di atas, sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita Muslimah memasuki syurga iaitu :

MENUNAIKAN KEWAJIPAN KEPADA ALLAH SWT

Menunaikan kewajipannya kepada Allah SWT dalam makna melaksanakan badah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan. Sebuah hadis menyebut bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari kiamat.

Dari Abu Hurairah r.a, nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang, sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia. Dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang. Allah berfirman, "Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain." -[ HR: At-Tirmizi ]-

BERPUASA

Berpuasa sepanjang bulan Ramadan adalah kewajipan yang akan memudahkannya untuk masuk ke syurga dari arah pintu mana sahaja yang dia sukai. Keistimewaan ini tidak dimiliki oleh lelaki. Ini menunjukkan Allah SWT meninggikan martabat dan darjat wanita solehah selama mereka menunaikan perintah Allah SWT dan menjaga diri dari segala yang diharamkan ke atas mereka.

MENJAGA KEHORMATAN DIRI

Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan dalam hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh dikategorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." -[HR:Baihaqi]-

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu.

MENUNAIKAN HAK SUAMI

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan di dalam hadis di atas. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib disempurnakan.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bazzar, nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." -[HR:Imam Al-Bazzar]-

Isteri adalah pusat serta sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumah tangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak. Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumah tangga. Dalam hal ini, para isteri akan sentiasa bersikap baik kepada suami.

Sayidina Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Sayidina Ali r.a meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." -[ HR: Ibnu Majah dan An-Nasai ]-

Berdasarkan huraian di atas, para wanita semestinya mengamalkan sikap taat dan bertaqwa kepada Allah SWT, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT iaitu masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang dia sukai. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagiaan hidupnya di dunia dan di akhirat.

Terkadang Aku Terlalu LALAI Dengan Perasaan 'BAHAGIA' Ku Sendiri


Bila Aku Mula Menyedari Bahawa Terkadang Aku Terlalu LALAI Dengan Perasaan 'BAHAGIA' Ku Sendiri...


Adakalanya kita perlu menangis
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa
dan adakalanya kita perlu ketawa
agar kita tahu mahalnya nilai airmata
bersyukurlah pada yang menyakitimu
kerana dia yang menabahkan kamu

bersyukurlah pada yang tidak mempedulikan kamu
kerana dia yang memupuk dirimu berdikari
bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu
kerana dia yang memperhebatkan kemampuan diri kamu
bersyukur pada insan yang meenyeksamu
kerana dia yang menguji
kesabaran dan ketabahan diri kamu...

Tuesday, 27 December 2011

Petua daripada Imam Syafie

Assalammmualaikum wbt...


Hai reader semua.. malam nie saya nak share tentang something yang saya sendiri baru tahu.. bak kata orang, tak salah kan kalo kita berkongsi ilmu berguna yang kita tahu dan ada kepada orang ramai.. Moga ia memberi manfaat dan boleh diamalkan serta memberi kesan kebaikkan kepada semua.. Insyaallah Amin Ya Rabb~


Baikklah, saya nak share tentang Petua daripada Imam Syafie yang sememangnya bermanfaat kepada kita, khususnya ummat Islam..Selamat Beramal !! =)


PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal 

Monday, 26 December 2011

Petanda DIA Jodoh Kita

Assalammualaikum wbt dan salam keberkhatan . . .~


Hai reader semua..harini saya tertarik nak share tentang satu topix yang pada saya sangat best kepada sesiapa sahaja kat luar sana yang masih single atau belum berkahwin.. Topixnya adalah 10 Petanda DIA Jodoh Kita..Menarik kan..:) Jom kita sama-sama baca fdan fahami maksud disetiap petanda tersebut..Insyaallah kita akan sama-sama mendapat petunjuk yang mana terbaik buat kita dariNya Yang Maha Mengetahui..Insyaallah, Amin Ya Rabb~






10 Petanda DIA Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, 22 December 2011

'Izzaries Izza

follow me okay.. :)

'Izzaries Izza http://soundcloud.com/izzaries-izza

‘CERITERAKU dan K-E-S-E-N-G-S-A-R-A-A-N...~


Nilam JIWAku..

InsyaAllah ..hanya dengan izin dariNya Yang Maha Kuasa, Kesengsaraan Itu Penuh Dengan HIKMAH Bermakna...

 
"JANGAN BERSEDIH.."
    Melalui buku kesayanganku ini, yang aku beli dua tahun lepas.. time tue hidup aku penuh dengan ujian, kesedihan, kemurungan, kekecewaan dan boleh dikatakan time tue aku dalam kesengsaraan.. Hanya Yang Maha Esa sahaja yang mengetahui bertapa terukkanya keadaan emosi aku..

 
"TIDAK SELAMANYA RASA SAKIT ITU TIDAK BERHARGA.."
    Tidak selamaya rasa SAKIT itu tidak berharga, sehinggakan ianya harus dibenci. . . Kemungkinan segala rasa SAKIT yang mencengkam itu akan mendatangkan lembaran KEBAIKAN dan KENIKMATAN yang baru kepada kita... InsyaAllah..~

 

http://izzizzaries04.blogspot.com/

Wednesday, 21 December 2011

PMR Result..GoodLuck | Congratulations Alls!

Assalamualaikum wbt..selamat pepagiii...haha tetiba teringat zaman muda2 dulu..time awal2 pagi bangun n bersiap2 pakai baju kurung itam aku yg bunga warna warnie tue..huhu x tdo nyenyak mlm2 sebelum2 tue..yealakan, nak g amek RESULT PMR..hoh0hoo gementar, pasrah, takot, doa banyak2 n tawakal jeala time tue.. msa tue g skol kalo x salah abg aku yg hantarkan kalo x salah den la kan..SMKSyedAlwi..hmm..memory pucuk pisang time tue..~GEMURUH JIWA~Anyway GoodLuck kepada semua adik2 yang amek resul PMR arinie..Apapun result yang korang dapat tue, itulah usaha korang sebelum nie.. bersyukur dan Tahniah yea..pasnie SPM lak..~




'Ceriteraku 'Izzaries: RINGGIT MALAYSIA SIRI 2012 BAKAL DIKELUARKAN | Men...

'Ceriteraku 'Izzaries: RINGGIT MALAYSIA SIRI 2012 BAKAL DIKELUARKAN | Men...: MENARIK | RINGGIT MALAYSIA TERBARU 2012 | BANK NEGARA TELAH KELUARKAN CETAKAN BARU Bank negara akan mengeluarkan matawang Ringgit Malaysia...

RINGGIT MALAYSIA SIRI 2012 BAKAL DIKELUARKAN | Menarik!!

MENARIK | RINGGIT MALAYSIA TERBARU 2012 | BANK NEGARA TELAH KELUARKAN CETAKAN BARU


Bank negara akan mengeluarkan matawang Ringgit Malaysia dengan corak terbaru beserta ciri-ciri keselamatan yang lebih meyakinkan. Ringgit Malaysia siri 2012 dikhabarkan akan mula diedarkan disetiap cawangan-cawangan bank mulai tahun 2012. Tapi apa yang dapat diperkatakan rupa bentuknya memang canggih dan memaparkan ciri-ciri berteknologi.


Pada pandangan saya sendiri Ringgit Malaysia siri 2012 ini banyak permbaharuan yang menarik dan peningkatan dari segi kualiti. Sebagai contoh pandangan dari diri saya sendiri, dengan adanya note RM20 yang sememangnya amat dinantikan dan pengeluaranya dalam bentuk dan warna menarik iaitu warna jingga. Disamping itu juga, variasi Ringgit Malaysia siri 2012 dihasilkan dengan design baru pada note RM20 tersebut iaitu imej penyu. Sangat menarik dan cantik.


Ciri-ciri baru yang boleh saya gambarkan dan memberikan pujian adalah ciri baru pada note RM5 yang kita semua tahu sekarang kualiti note RM5 adalah bercirikan tekstul wang kertas yang licin dan tidak saya nafikan agak mudah rosak dan terkoyak serta ada kekurangan ketara dalam pegendalian wang kertas ini dalam tempoh yang lama. Namun, pada gambaran awal saya untuk Ringgit Malaysia siri 2012 ini note RM5 diharapkan bercirikan seperti wang kertas RM10 dan RM50 yang mempunyai tekstul yang lebih keras, kesat dan tidak mudah rosak atau terkoyak. Saya tidak sabar menanti keluaran Ringgit Malaysia siri 2012 tahun depan.. Menarik kan? Nantikan... =)


                                         
Ringgit Malaysia Siri 2012

  • Ringgit Malaysia Siri 2012 | Tahun 2012 akan dikeluarkan..
Share And Follow My Blog Okay...Thank You =)
http://izzizzaries04.blogspot.com/





‘CERITERAKU dan K-E-S-E-N-G-S-A-R-A-N...~


Nilam JIWAku..

InsyaAllah ..hanya dengan izin dariNya Yang Maha Kuasa, Kesengsaraan Itu Penuh Dengan HIKMAH Bermakna...

 
"JANGAN BERSEDIH.."
    Melalui buku kesayanganku ini, yang aku beli dua tahun lepas.. time tue hidup aku penuh dengan ujian, kesedihan, kemurungan, kekecewaan dan boleh dikatakan time tue aku dalam kesengsaraan.. Hanya Yang Maha Esa sahaja yang mengetahui bertapa terukkanya keadaan emosi aku..

 
"TIDAK SELAMANYA RASA SAKIT ITU TIDAK BERHARGA.."
    Tidak selamaya rasa SAKIT itu tidak berharga, sehinggakan ianya harus dibenci. . . Kemungkinan segala rasa SAKIT yang mencengkam itu akan mendatangkan lembaran KEBAIKAN dan KENIKMATAN yang baru kepada kita... InsyaAllah..~

 

http://izzizzaries04.blogspot.com/


 


 


 


 


 


 


 


 

Tuesday, 20 December 2011

Tutorial Asas Adobe Photoshop (TAAP)


Tutorial Asas Adobe Photoshop (TAAP) 

ADOBE PHOTOSHOP CS2

Skrin Welcome To Adobe Photoshop CS2 yang merupakan skrin pertama yang akan keluar selepas anda menekan icon program Adobe Photoshop CS2 di desktop anda.

 
Tekan 'Close' pada skrin tersebut untuk mula berkenalan dengan Adobe Photoshop CS2 ini.

Tempat Bekerja dalam Adobe Photoshop

Namakan tempat bekerja sebagai (workspace) untuk skrin dibawah. Selepas ini anda akan tahu semua jenis icon-icon serta kegunaannya.

KETERANGAN MENGENAI MENU DAN ICON
  1. MENU BAR - Tempat menu utama dikategorikan mengikut apa yang menu tersebut lakukan.
  2. OPTION BAR - Mengandungi tool semasa. Jika anda klik pada Brushes, semua tool berkenaan Brushes akan keluar di bahagian ini.
  3. TOOL BAR - Kesemua jenis tool yang ada di dalam Adobe Photoshop berada di sini. Sebagai contohnya, Background Color, Gradient, Brushes, Chop dan lain-lain.
  4. Document Window - Apa yang sedang anda Photoshop-kan ada di sini.
  5. ACTIVE IMAGE AREA - Disinilah segala keajaiban bermula pada awalnya.
  6. COLOR PALETTLE - Boleh memilih warna daripada sini untuk background dan Foreground.
  7. HISTORY - Segala apa perubahan yang anda lakukan terhadap lukisan anda di dalam Photoshop ini, segalanya direkod dalam bahagian ini.






Bermulanya Aktiviti Photoshop Anda

Dah tahu semua fungsi-fungsi menu, jom belajar cara-cara untuk create documentdalam Photoshop pulak.
Pergi ke File -> New kat Menu Bar

A. Document Name – Namakan file anda disini. Tak masukkan pun takpe. Nak masukkan pun takpe. Haha..
B. Presets – Pilih saiz dokumen anda. Biasanya aku menggunakan Custom.
C. Document Dimensions – Masukkan pilihan lebar dan tinggi dokumen anda. Kalau nak buat banner bersaiz 300×250, masukkan 300 di Width dan 250 diHeight.
D. Document Units – Pilih unit anda. Jika anda design banner besar untuk di-print, masukkan Inches. Jika anda design banner untuk digunakan dalam laman web, masukkan Pixels.
E. Resolution – Inilah resolusi setiap dokumen itu ditentukan. Anda boleh masukkan resolusi dokumen sebanyak 300 atau lebih untuk printing. Kebiasaan yang aku gunakan untuk design laman web, hanya 72.
F. Color Mode – Secara default-nya aku menggunakan RGB.
G. Background Contents – Jika anda buat dokumen yang background-nya transparent, disinilah pilihannya.

Save dan Close Dokumen dalam Adobe Photoshop

Untuk save setiap dokumen yang anda buat, sila ke menu File -> Save di Menu Bar. Semasa save file ini, pastikan betul-betul jenis file yang anda save. Pastikan ianya dalam format Adobe Photoshop (*PSD). Jika anda save dalam format selain daripada PSD, kesemua Layer yang anda gunakan semasa design tadi tak boleh digunakan lagi. Sila berhati-hati.
Format PSD ini tidak sesuai untuk digunakan di web browser. Sila save dalam format PSD kemudian SAVE AS lagi dalam format PNG atau JPEG. Setelah selesai kesemuanya, tekan File -> Close atau File -> Close All di Menu Bar.
Terlalu mudah bukan tutorial kali ini? 




Adobe Photoshop

Adobe Photoshop

APA ITU ADOBE PHOTOSHOP?

  • Tentunya bagi anda yang sudah terbiasa menggunakan komputer sudah tidak asing lagi mendengar istilah seperti Adobe Photoshop.
  • Adobe Photoshop merupakan sebuah software yang berfungsi sebagai image editor.
  • Adobe Photoshop dapat digunakan untuk membuat gambar mahupun mengedit gambar.
  • Editor Gambar atau Image editor dapat dibahagi menjadi 2 jenis, paint program dan draw program.
  • Paint program menghasilkan gambar dalam format bitmap atau raster.
  • Paint Program diukur berdasarkan satuan pixel.
  • Contoh dari Paint Program adalah pixel.
  • Contoh dari paint program adalah adobe photoshop dan macromedia fireworks.
  • Sedangkan draw program merupakan jenis editor gambar yang menghasilkan file gambar dalam format vektor.
  • Contoh dari editor ini adalah macromedia freehand dan Adobe Ilustrator.
  • Untuk web, Sebaiknya kita menggunakan format gambar dalam bentuk bitmap(Raster) kerana format ini lebih ringan dan ukurannya lebih kecil.
  • Jadi, kita dapat menggunakan Adobe Photoshop atau Fireworks untuk membuat dan mengedit gambar.



Follow Saye yea... ^.<
http://izzizzaries04.blogspot.com/

Monday, 19 December 2011

SENI - JALINAN


JALINAN

Apa Itu Jalinan

1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.

3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

Contoh-Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi :

  • Jalinan Pada Permukaan Kayu
  • Jalinan Pada Keratan Rentas Batang Pokok
  • Jalinan Pada Kulit Dan Bulu Harimau Belang
  • Jalinan Pada Kulit Siput
  • Jalinan Pada Rekahan Tanah
  • Jalinan Kasar Pada Permukaan Batu
  • Jalinan Berduri Pada Kulit Durian
 Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia :

  • Jalinan PAda Langit-Langit Rumah
Jenis-Jenis Jalinan

1. Jalinan Sentuh
  • Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang.
  • Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya.
  • Jalinan Sentuh Kulit Kerang
  • Jalinan Sentuh Permukaan Tayar
 2. Jalinan Tampak

Jalinan Tampak merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
  • Jalinan Tampak Pada Kertas Dinding
  • Jalinan Tampak Pada Kulit Tembikai
 Fungsi Jalinan

1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang.

  • Jalinan Pada Kuda Belang
  • Jalinan Pada Sesumpah
 2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut.


  • Tapak Kasut
3. Sebagai Hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding.
  • Corak
 4. Pengaliran air dan udara.
  • Jala Ikan
Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak :


  • Gosokan
  • Teknik Gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di  
    mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
  • Capan
  • Kaedah Capan ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.

  • Ikat Celup
  • Ikat Celup menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki

  •  Pualaman
  • Pualaman menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

  • Batik
  • Kaedah Batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya.

  • Lukisan Dan Catan.
  • Lukisan dan Catan menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan.
Kaedah Penghasilan Karya  Berjalinan Sentuh


  • Anyaman
  • Anyaman 
    penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya.

  • Tenunan
  • Tenunan 
    jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh.

  • Sulaman
  • Sulaman 
    semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh.

  • Kolaj
  • Kolaj 
    merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain.