f 'Ceriteraku 'Izzaries Izza: Tutorial Asas Adobe Photoshop (TAAP)

'Ceriteraku 'Izzaries

Tuesday 20 December 2011

Tutorial Asas Adobe Photoshop (TAAP)


Tutorial Asas Adobe Photoshop (TAAP) 

ADOBE PHOTOSHOP CS2

Skrin Welcome To Adobe Photoshop CS2 yang merupakan skrin pertama yang akan keluar selepas anda menekan icon program Adobe Photoshop CS2 di desktop anda.

 
Tekan 'Close' pada skrin tersebut untuk mula berkenalan dengan Adobe Photoshop CS2 ini.

Tempat Bekerja dalam Adobe Photoshop

Namakan tempat bekerja sebagai (workspace) untuk skrin dibawah. Selepas ini anda akan tahu semua jenis icon-icon serta kegunaannya.

KETERANGAN MENGENAI MENU DAN ICON
  1. MENU BAR - Tempat menu utama dikategorikan mengikut apa yang menu tersebut lakukan.
  2. OPTION BAR - Mengandungi tool semasa. Jika anda klik pada Brushes, semua tool berkenaan Brushes akan keluar di bahagian ini.
  3. TOOL BAR - Kesemua jenis tool yang ada di dalam Adobe Photoshop berada di sini. Sebagai contohnya, Background Color, Gradient, Brushes, Chop dan lain-lain.
  4. Document Window - Apa yang sedang anda Photoshop-kan ada di sini.
  5. ACTIVE IMAGE AREA - Disinilah segala keajaiban bermula pada awalnya.
  6. COLOR PALETTLE - Boleh memilih warna daripada sini untuk background dan Foreground.
  7. HISTORY - Segala apa perubahan yang anda lakukan terhadap lukisan anda di dalam Photoshop ini, segalanya direkod dalam bahagian ini.






Bermulanya Aktiviti Photoshop Anda

Dah tahu semua fungsi-fungsi menu, jom belajar cara-cara untuk create documentdalam Photoshop pulak.
Pergi ke File -> New kat Menu Bar

A. Document Name – Namakan file anda disini. Tak masukkan pun takpe. Nak masukkan pun takpe. Haha..
B. Presets – Pilih saiz dokumen anda. Biasanya aku menggunakan Custom.
C. Document Dimensions – Masukkan pilihan lebar dan tinggi dokumen anda. Kalau nak buat banner bersaiz 300×250, masukkan 300 di Width dan 250 diHeight.
D. Document Units – Pilih unit anda. Jika anda design banner besar untuk di-print, masukkan Inches. Jika anda design banner untuk digunakan dalam laman web, masukkan Pixels.
E. Resolution – Inilah resolusi setiap dokumen itu ditentukan. Anda boleh masukkan resolusi dokumen sebanyak 300 atau lebih untuk printing. Kebiasaan yang aku gunakan untuk design laman web, hanya 72.
F. Color Mode – Secara default-nya aku menggunakan RGB.
G. Background Contents – Jika anda buat dokumen yang background-nya transparent, disinilah pilihannya.

Save dan Close Dokumen dalam Adobe Photoshop

Untuk save setiap dokumen yang anda buat, sila ke menu File -> Save di Menu Bar. Semasa save file ini, pastikan betul-betul jenis file yang anda save. Pastikan ianya dalam format Adobe Photoshop (*PSD). Jika anda save dalam format selain daripada PSD, kesemua Layer yang anda gunakan semasa design tadi tak boleh digunakan lagi. Sila berhati-hati.
Format PSD ini tidak sesuai untuk digunakan di web browser. Sila save dalam format PSD kemudian SAVE AS lagi dalam format PNG atau JPEG. Setelah selesai kesemuanya, tekan File -> Close atau File -> Close All di Menu Bar.
Terlalu mudah bukan tutorial kali ini? 




No comments:

Post a Comment