f 'Ceriteraku 'Izzaries Izza: Terlalu Mahalkah Ungkapan MAAF??

'Ceriteraku 'Izzaries

Monday 26 March 2012

Terlalu Mahalkah Ungkapan MAAF??

♥ Ceriteraku 'Izzaries Izza | Tuesday | March 27th 2012 | 0438am ♥

Kadangkala saya rasakan PELIK dengan sesetengah individu ini .. bila mereka melakukan kesalahan or kesilapan tidak kiralah yang kecil ataupon kesalahan besar terlalu BERAT atau PAYAH untuk mengungkapkan ucapan MAAF walhal mereka menyedari bahawa apa yang mereka telah lakukan itu adalah salah silap ..~

Hmmmm adakah kerana unkapan MAAF itu terlalu MAHAL untuk mereka ?? Mahal walaupon ungkapkan ringkas itu bagi menebus kesalahan yang mereka telah lakukan?? " Saya minta maaf " .. walaupon ia hanya satu ayat pendek, namun ia penuh makna dan KESAN kepada diri setiap individu yang melafaskan maaf mahupun kepada induvidu yang menerima maaf itu sendiri . . .~


‎:: " SAYA MINTA MAAF "... ::

~✿>> Ungkapan MAAF mampu MENYEJUKKAN HATI yang sedang panas..mampu MENDAMAIKAN JIWA yang sedang resah gelisah..mampu MENGHILANGKAN segala rasa tidak puas hati, segala marah yang terbuku di kalbu..kemudian akan HILANG, insyaAllah..

Jadilah insan yang PEMAAF bagaikan baginda Rasulullah SAW, BELAJARLAH untuk menjadi orang yang TERLEBIH DAHULU memohon maaf walau bukan diri yang bersalah, belajarlah untuk menjadi insan yang sentiasa MERENDAH DIRI..

p/s : Saya minta maaf..untuk mereka-mereka yang pernah saya TERGURISKAN HATI, TERKASAR BICARA, TIDAK TERTUNAI HAK-HAK sebagai saudara seagama..maafkan saya yang HINA dan LEMAH ini..

Dan insyaAllah, segala bentuk kesalahan yang pernah dilakukan pada saya, dengan rasa rendah dirinya, saya MAAFKAN..saya manusia biasa, yang SENTIASA melakukan salah dan silap..dengan Allah pun selalu buat silap apatah lagi dengan manusia biasakan? Tapi saya CUBA, cuba menjadi insan yang LEBIH BAIK dari hari sebelumnya, biiznillah..♥♥

:: JANGAN LUPA yang kita kena selalu MINTA MAAF DENGAN ALLAH ::
♥ Izzaries Izza | Tuesday | March 27th 2012 | 0450am ♥

No comments:

Post a Comment