f 'Ceriteraku 'Izzaries Izza: Aku + '1By1' ...

'Ceriteraku 'Izzaries

Wednesday 30 May 2012

Aku + '1By1' ...


Assalamualaikum wbt ... Salam Sejahtera Semua ... !!! :)
                       Bismillahirahmanirahim ..~

0320AM | 31May2012 | Thursday | Ceriteraku..~

Apa khabar sumer reader yang ku sayangi ?? hope sumer sentiasa hepy3 keyh! senyum, senyum dan terus senyum taw!.. hehe~ (sambil usap n pujuk hatiku sendiri untuk 'senyum' jugak macam korang sumer..hehe =) 

Apa yea topix untuk pagi yang jap kat laptop ku nie tengah menunjukkan waktu 0330am 31May2012 nie yea..hehe! Maybe '1by1' lagi kot?? ahahaaa tak kan ada yang dah boring kot?.. takpe2 k.. kita continued ckit larh kan topix smlm tue, and then kita kasi 'tukar' itu topix yeah!! wink3! (itupon kalo aku sempat nak continued next topix untuk 'ceriteraku' pepagi 31May2012 yang sunyi + syahdu nie larh keyh!..hik3 jangan maraa aaaa nanti kena jual daaa.....peace! )

'1by1' dalam hidup nie bagi aku, bukan bermakna aku melawan takdir atau ketentuan putaran kehidupan yang Allah swt yang dah tetapkan buat setiap hambaNya... Hope takde yang dah tersalah faham or dah terbuat hepotisis awal yea tentang sumer tue...hehe~

Apapun, bagi aku '1by1' yang aku maksudkan dan ingin luahkan tentang setiap 'langkah perkara' yang berlaku dan menjadi 'putaran' dalam setiap kehidupan aku khususnya dan kehidupan setiap manusia amnya adalah............................ perkara yang kita akan lalui dalam untuk detik masa dan satu saat ke hadapan, KITA MASIH TIDAK DAN TIDAK TAHU APA YANG AKAN BERLAKU DAN TERJADI... itu maksud ringkas dan padat untuk '1by1' yang aku maksudkan...~

Sebagai contohlah, senang nak aku gambarkan disini.. tentang kehidupan aku sendiri.. kehidupan dan setiap perkara dan apa jugak yang ada dan berlaku dan disekeliling aku... aku sendiri tak dapat nak bayangkan dan gambarkan apa yang akan aku lalui dan akan aku lakukan untuk detik masa didepan.. sebabnya??? sebab kita hanya insan biasa, hanya hambaNya yang mempunyai seribu satu macam dan kekurangan namun, kita juga diberikan nikmat olehNya untuk menjadi makhlukNya yang paling terpuji... maksudnya? sebanya? sebab apa?? sebab kita manusia... manusia yang disertakan dan 'diBONUSkan' dengan memiliki dan dihadiakan AKAL FIKIRAN... kita ada akal, akal yang waras dan bukan hanya sekadar otak...

Sebab tue lah kita perlu bersyukur..bersyukur kepada Allah swt dengan NIKMAT yang teramat bermakna dengan RAHMAT...~ Aku akui, aku bukanya hambaNya yang terbaik, TAPI detik demi detik aku CUBA ..cuba dan cuba lagi untuk belajar menjadi yang lebih baik sebelum aku menjadi yang TERBAIK disisiNya Yang Maha Agung suatu hari nanti InsyaAllah... WALAUPUN tak pernah nafikan dan aku juga juga disetiap langkah kerdilku dimuka bumiNya ini, telah banyak langkahku yang telah tersasar dan 'tersasul' dari lorong-lorong hakiki yang penuh kenikmatan abadi kelak disana...~

TAPI, semua tue tak pernah melayakkan aku untuk terus berhenti dan CUBA untuk mengapai kembali langkah kerdilku tadi untuk meniti dan berjalan dilorong dan jalan yang sebenar kan.....~ Allah swt Maha Adil dan Juga Maha Penganpun... Dia juga maha mengetahui apa jua yang tersurat dan juga tersiart disebalik segala yang tercatat . ..~ 

Kalau nak dikira dengan jari jemariku, aku rasa takkan mungkin cukup aku mencongak untuk keberapa kalikah adanya 'sungai2 kecil' yang tiba-tiba magix ada dan menyusuri 'padang' dipipiku ini...~ untuk semue keinsafan, untuk semua penyesalan, untuk segala dosa, untuk segala kekecewaan dan untuk segala kedaifan hati yang tidak pandai menilai dan menghargai masa untuk aku beraksi dan 'berlakon' di 'pentas' yang telah disediakan olehNya sejak azali untuk setiap ummatNya 'menghayati watak' sebenar sebagai ummatNya dan hambaNya....~

1by1 perasaan yang aku rasakan dihati ini, segala rasa sedih, kesal, menangis, ketawa, bahagia, memberontak, berjalan, berlari, terjatuh, dihentam, difitnah, tersungkur !!!! segalanya, segalanya aku telah dan pernah rasakan bagaimana 'RASA' semua itu.... ~ sangat manis, sangat pahit dan juga sangat perit... TAPI segalanya itu hanya AKU dan ALLAH SWT saja yang tahu bagaimana 'RASA' nya... Sebabnya, SATU saja yang aku pegang... "Hanya Insan Yang Melalui Rasa Gembira Atau Perit Itu Sahaja Yang Akan TAHU 'RASA' Dalam Setiap Zarah "RASA' Itu Yang Sebenar"  .....~

>>>>>>Terima Kasih kerana sudi memberikan 'bonus' masa kalian untuk mambaca dan 'cuba' memahami apa yang telah aku palitkan dalam Ceriteraku disini dan untuk detik ini... Panjang umurku, panjang jodohku dengan 'alam' ini... Akanku sambung dikemudian detik.. InsyaAllah~ salam sayang aku buat kalian semua... DaripadaNya kita datang..kepadaNya juga kita akan pergi kelak... InsyaAllah, moga kita akan pulang kepadaNya dengan SENYUMAN KEIMANAN untuk bekalan hakiki disana kelak...~Assalamualaikum wbt.. ~ <<<<<<

p/s : *apapun aku harapakan kalo ada yang tersalah dalam catatan Ceriteraku ini, hope adalah hamba Allah yang sudi memberi teguran dan pembetulan dalam setiap kataku.. semua tue aku akan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan aku akan amat hargai itu, kerana tanpa TEGURAN aku tidak tahu dimana silap aku.. sekian..~ :)

0426AM | 31May2012 | Thursday | Ceriteraku..~

2 comments:

  1. Ujian Allah tanda Allah sayang pada kita =)

    follow my blog yaw =D hilangkan tension....

    ReplyDelete
  2. kukukata ~ yea awak, terima kasih sebab sudi mengingatkan...~
    hm, blog awak saya tak tahu kenapa tak boleh nak follow..

    ReplyDelete