f 'Ceriteraku 'Izzaries Izza: Zikir Melembutkan Hati SUAMI

'Ceriteraku 'Izzaries

Sunday 3 June 2012

Zikir Melembutkan Hati SUAMI


1115PM | 03Jun2012 | Sunday | Ceriteraku..~


[wanita] Amalkan Zikir Melembutkan Hati SUAMI 

Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati
 1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir 

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"



Ustazah Siti Bahyah ada berkongsikan beberapa amalan doa selepas soalat yang boleh membantu kita semua bagi merapatkan hubungan dan menimbulkan lagi kasih sayang antara suami isteri dialam perkahwinan. Antaranya adalah dengan membaca Surah Al-Imran ayat lke-31 atau membacakan ayat ke-200 Surah yang sama. Ia bagi mengurangkan "panas baran" suami.. Beliau juga berkata, kunci sesebuah kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah dengan mendekatkan diri kirta dengan Allah swt.. Ini kerana, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap agama, dia akan mengabaikan juga rumah tangga kerana jiwa mereka 'kosong'.. 

"Ketika kita jauh daripada Allah swt, iblis yang sememangya kita tahu suka umat manusia bercerai=berai akan menghampiri dan melalikan kita daripada tanggungjawab terhadap kelurga dan rumah tangga,".. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt, dan yang buruk itu datnagnya dari diri kita sendiri...

p/s: Walaupun Saya masih belum mendirikan rumahtangga dan merasai alam perkahwinan, tapi saya sentiasa ingin membaca dan mengetahui apa yang ada disebalik keindahan "masjid Allah" itu...InsyaAllah..~

p/s : *apapun aku harapakan kalo ada yang tersalah dalam catatan Ceriteraku ini, hope adalah hamba Allah yang sudi memberi teguran dan pembetulan dalam setiap kataku.. semua tue aku akan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan aku akan amat hargai itu, kerana tanpa TEGURAN aku tidak tahu dimana silap aku.. sekian..~ :)

>>>>Suber : Facebook ~ saya hanya ingin berkongsi ilmu apa yang saya dah dapat dari bacaan saya, diharapkan dihalalkan..~<<<<<



1140PM | 03Jun2012 | Sunday | Ceriteraku..~

No comments:

Post a Comment